Cari @ Amanz

Penggunaan tenaga lestari untuk menguasakan bangunan dan kampus besar bukanlah sebuah konsep yang baru. Syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Microsoft semuanya sudah mula menggunakan tenaga lestari untuk mengurangkan kesan tapak karbon dan mengurangkan kos penggunaan tenaga.

Di Malaysia, UiTM Terengganu telah mula menggunakan tenaga solar untuk menguasakan kampus mereka sejak penghujung tahun lepas, dan baru-baru ini mengatakan bahawa dengan sistem solar fotovoltaik mereka, ia dilihat bahawa kampus tersebut memperlihatkan penjimatan dari segi pembayaran kuasa setinggi 20 peratus setiap bulan.

Pihak UiTM Terengganu mengatakan sebelum menggunakan sistem kuasa solar ini, bil elektrik kampus mereka adalah setinggi RM350,000 sebulan. Setelah bertukar, yang mana proses tersebut mengambil masa sekitar empat bulan, mereka memperlihatkan perubahan bil yang cukup ketara setiap bulan.

UiTM Solar

Bukan itu sahaja, penggunaan sistem janakuasa solar ini juga membolehkan UiTM Terengganu untuk menjual bekalan tenaga kepada pihak Tenaga Nasional, dan setakat ini, UiTM Terengganu telah menjana pendapatan sebanyak RM700,000 setakat ini.

Bukan itu sahaja, kampus UiTM tersebut juga akan memperkenalkan kursus ijazah baru, iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sistem Pintar yang akan diperkenalkan selewat-lewatnya pada bulan Mac 2023 kelak, yang dijangka akan menerima 30 orang pelajar baru apabila kemasukannya dibuka kelak.

UiTM Terengganu juga merupakan hanya universiti kedua di Malaysia yang hadir dengan sistem janakuasa solar ini, selepas UiTM di Gambang, Pahang yang dibuka pada tahun 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd