Carian
Apple Ingin Menggunakan iPhone Untuk Mengenal Pasti Kemurungan Dan Keresahan
September 21, 2021 Aman

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi dalam membantu untuk mendiagnos keresahan dan kemurungan, menggunakan iPhone.

Unntuk menjayakan perkara berkenaan, sejumlah data akan digunakan, termasuk menganalisa wajah seseorang, bagaimana seseorang itu berkomunikasi, kelajuan mereka berjalan, gaya tidur, kadar degupan jantung, termasuk data seperti kelajuan menaip dan sebagainya.

iPhone SOS

Apple dikatakan buat masa ini sedang melakukan kajian berkaitan dengan kemurungan, tekanan, dan keresahan bersama University of California, dan beberapa syarikat lain.

Buat masa ini, kajian ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui bilakah akan diimplementasikan. Semestinya perkara ini akan menimbulkann sejumlah pertanyaan – termasuk berkaitan privasi. Apple dijangka akan memfokuskan kepada menggunakan algoritma terbina pada iPhone untuk melakukan pelbagai kajian dan diagnosis.

Komen