Cari @ Amanz

Apple iOS 15 membawakan sejumlah ciri-ciri baharu bersama-sama dengannya, dan salah satu yang dinantikan ramai adalah kebolehan untuk ber-FaceTime bersama pengguna-pengguna yang tidak menggunakan iPhone atau peranti Apple.

Melalui iOS 15 dan iPadOS 15, pengguna kini boleh melakukan panggilan FaceTime, dan seterusnya berkongsi pautan kepada rakan-rakan lain – yang boleh menyertai panggilan melalui pelayar web.

Hal ini, sekaligus membolehkan anda sebagai pengguna iPhone turut berkomunikasi secara FaceTime bersama rakan-rakan anda di Android dan juga Windows.

Dengan langkah ini, kita mungkin akan melihat penggunaan FaceTime lebih meluas, dan tidak lagi perlu mencari perkhidmatan alternatif sekiranya ingin berhubung dengan rakan-rakan anda secara panggilan video.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd