Honor telah bebas dari Huawei sejak November tahun lalu selepas dijual kepada konsortium bandaraya Shenzen. Sejak bergerak sendiri Honor dibenarkan berurusan semula dengan Qualcomm untuk cip, menggunakan GMS untuk pasaran global dan melakukan persetujuan dengan Microsoft. Sungguhpun mereka tidak lagi di bawah Huawei, beberapa agensi kerajaan Amerika Syarikat kini ingin Honor dimasukkan ke dalam senarai entiti menurut laporan Washington Post.
Pentagon dan Jabatan Tenaga A.S ingin Honor dimasukkan ke dalam senarai entiti sementara Japatan Perdagangan dan Jabatan Luar Negara pula tidak bersetuju. Alasan yang diberikan untuk dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana kerisauan pemindahan teknologi yang tidak dibenarkan. Sementara itu yang menentang pula mengatakan pengharaman Honor hanya akan merugikan perdagangan Amerika Syarikat.
Pada bulan lalu empat belas orang ahli Dewan Perwakilan AS meminta Jabatan Perdagangan untuk turut memasukkan Honor ke dalam senarai entiti. Menurut mereka, Honor digunakan oleh Huawei untuk masih memintas halangan teknologi bagi mengelakkan ia jatuh ke tagan Parti Komunis China.