Cari @ Amanz

AIO HP ENVY Terkini Dilengkapi Skrin 34″ 5K Ultra Lebar, Intel Core i9 dan RTX 3080

Link Copied!

HP ENVY 34 inch All-in-One Desktop PC dilancarkan hari ini dengan skrin ultra lebar 34″ beresolusi 5K dan bernisbah 21:9. Komputer Windows 11 yang menyasarkan pengguna dari golongan kreatif profesional ini turut dilengkapi cip pemprosesan Intel Core-i9 siri S, GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 Max Q, memori sehingga 32GB RAM dan storan SSD sehingga 512GB.

Skrin yang besar mempunyai bezel yang nipis. Sebuah kamera web 16MP disertakan yang disambungkan kepada bingkai skrin menggunakan magnet. Dengan ini pengguna boleh mengubah sudut pandangan kamera mengikut keselesaan dan keperluan. Dari segi audio speaker dari B&O turut disertakan. Ciri paling untuk AIO ini ialah pengecas nirwayar 15W Qi terbina pada bahagian tapak.

Terdapat juga 4x USB-C Thunderblot 4, 2x USB-A, satu output HDMI, dan satu bicu audio 3.5mm. Dengan spesifikasi yang tinggi ini HP ENVY 34 inch All-in-One Desktop PC dijual pada harga bermula $1999 (~RM8385) sebuah.


Komen ()