Cari @ Amanz

HP Spectre x360 16 Diumumkan Dengan Skrin OLED dan Kamera Dengan Mod Kecantikan

Link Copied!

Kerja dari rumah mengajar kami betapa pentingnya mempunyai komputer riba dengan skrin besar, selesa untuk digunakan, berkuasa, bateri tahan lama dan sistem kamera yang baik. Pengalaman sepanjang pandemik mendorong mengeluarkan komputer riba dua dalam satu HP Spectre x360 16 yang dilengkapi ciri mesra norma baharu.

Pertama sekali ia dilengkapi skrin 16″ OLED dengan resolusi UHD+, dijana cip Intel Core-i7, GPU NVIDIA GeForce RTX 3050, WiFi 6E dan bateri yang memberikan tempoh operasi sehingga 17 jam. Kamera web 5MP yang disertakan menyokong perisian GlamCam. GlamCam hadir dengan mod yang mencantikkan wajah dan gigi menggunakan solekan maya. Ciri yang pastinya berguna bagi mereka yang tidak sempat berhias sebelum menghadiri sesi telesidang.

Auto Frame pula memastikan subjek sentiasa berada di dalam bingkai dengan pergerakan dijejak. Seakan Center Stage pada iPadOS. Kerana ini ialah sebuah komputer riba x360, skrin boleh dilipat 360 darjah untuk digunakan dalam mod tablet.

Tambah HP lagi, HP Spectre x360 16 ialah komputer riba pertama mereka yang menggunakan aluminium yang dikitar semula, serta bezel, papan kekunci dan kotak speaker dibuat daripada plastik yang juga dikitar semula. Komputer riba dijual pada harga bermula $1,639 (~RM6871) sebuah.


Komen ()