#HP

HP Melancarkan Tablet Windows 11 Dengan Kamera 13MP Berputar

Diterbitkan pada Sep 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PC dalam bentuk tablet sudah wujud berdekad lamanya tetapi rekaannya kurang popular jika dibandingkan dengan komputer riba biasa. Masih wujud usaha dari pengeluar untuk menjadikan PC tablet peranti kegunaan ramai dan menerusi HP 11 inch Tablet PC, HP cuba menarik perhatian dengan sistem kameranya yang unik.

Tablet komputer Windows 11 ini adalah sebesar 11″ IPS LCD 2K sesentuh, dijana cip Intel Pentium Silver N6000, memori 4GB, storan 128GB SSD M.2 PCIe NVMe, dan bateri sebesar 32.2Wh. Kamera 13MP yang digunakan terletak pada bahagian belakang tetapi boleh berputar ke hadapan untuk menjadi kamera telesidang.

HP 11 inch Tablet PC juga unik keran direka untuk digunakan secara mendatar dan menegak. Papan kekuncinya mempunyai alur untuk meletakkan tablet pada dua posisi ini. Pada waktu yang sama skrin turut menyokong stylus HP Rechargeable Tilt Pen. PC tablet dijual pada harga bermula $599 (~RM2511).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami