Cari @ Amanz

Melengkapi pelancarkan produk AIO, komputer riba dan tablet mereka malam ini ialah dua monitor HP U32 4K HDR Monitor dan HP M34d WQHD Curved Monitor yang menyasarkan juga golongan pengguna kreatif profesional.

HP U32 4K HDR Monitor dari namanya anda boleh agak dilengkapi skrin 31.5″ IPS LCD 4K dengan kadar segar semula 60Hz dan nisbah 16:9. Ia mempunyai keterangan maksimum melepasi piawaian VESA HDR 400 dan masa tindak balas 4ms. Skrin adalah rata dan turut hadir dengan pilihan sambungan DisplayPort 1.4, HDMI 2.0, USB-C, 3x USB-A 3.2 Gen1 dan satu bicu audio 3.5mm. Monitor ini dijual pada harga $540 (~RM2263)sebuah.

HP M34d WQHD Curved Monitor ialah monitor skrin melengkung 34″ IPS LCD WQHD dengan kadar segar semula sehingga 100Hz dan nisbah 21:9. Skrin sekadar mempunyai keterangan maksimum 250 nits dan masa tindak balas 5ms. Skrin turut mempunyai pilihan sambungan DisplayPort 1.4, HDMI 2.0, USB-C, 4x USB-A 3.2 Gen1, USB-B dan satu bicu audio 3.5mm. Sepasang speaker dengan kuasa 3W juga disertakan sekali. Monitor ini pula dijual pada harga $499 (~RM2092) sebuah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd