Kindle Paperwhite Baharu Kalis Air dan Bateri Sehingga 10 Minggu

Diterbitkan pada Sep 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kindle Paperwhite baharu dilancarkan oleh Amazon hari ini setelah kali terakhir dikemaskini tiga tahun yang lalu. Dengan model baharu pembaca ebuku diberikan skrin 6.8″ E-Ink  yang bukan sahaja lebih besar tetapi juga lebih terang dan menyokong mod suhu warna baharu. Peningkatan pada pemproses juga membuatkan peranti lebih lancar digunakan.

Pemindahan ke port pengecasan USB-C membolehkan satu pengecas digunakan untuk semua peranti di rumah dan turut menyokong sistem pengecasan yang lebih pantas. Bateri juga lebih besar dengan Amazon mengatakan peranti boleh beroperasi sehingga 10 minggu dengan sekali caj sahaja. Selain itu Kindle Paperwhite baharu turut kalis air dengan piawaian IPX8.

Dua mode Kindle Paperwhite ditawarkan – Kindle Paperwhite Signature Edition dengan storan 32GB, sokogan pengecasan Qi, dan sensor cahaya yang mengubah keterangan skrin secara automatik. Ini dijual pada harga $189 (~RM792) sebuah. Kindle Paperwhite biasa pula hanya mempunyai storan 8GB dan ciri tambahan dijual pada harga $139 (~RM582).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami