Netflix Melancarkan Permua VR Eden Unearthed Percuma Di Oculus Quest

Diterbitkan pada Sep 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas menawarkan permua pada platform Android kepada pelanggan Ppland dua bulan laku, Netflix kini melancarkan pula permua relaiti maya percuma pada platform Oculus Quest. Permua Eden Unearthed adalah berasaskan siri anime Eden yang kini ditayangkan di platform penstriman mereka.

Dalam permua VR ini pemain menerokai dunia yang tidak lagi dipenuhi dengan manusia sebagai sebuah robot. Pemain menaiki motosikal dan mengumpul epal yang diletakkan di dalam dunia maya Eden. Di beberapa lokasi terdapat maklumat mengenai dunia Eden yang boleh dibaca. Dalam laporan VR Focus, keseluruhan permainan boleh dihabiskan dalam masa sekitar lima minit sahaja. Jelas sekali Eden Unearthed adalah sekadar permainan yang dibangunkan untuk mempromosikan anime dan bukannya permainan penuh.

Dengan Netflix ingin menawarkan platform penstriman permainan video mereka sendiri dalam masa terdekat, membangunkan permainan berdasarkan IP sendiri ialah langkah paling mudah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami