Cari @ Amanz

Tiga tahun lalu Facebook melancarkan Portal, skrin pintar yang memudahkan pengguna menyertai sesi telesidang di rumah atau di tempat kerja. Pagi ini dua model baharu Portal Go dan Portal+ telah diumumkan dengan ciri seperti boleh beroperasi tanpa menggunakan kabel kuasa.

Portal Go ialah model yang boleh beroperasi menggunakan bateri. Ia dilengkapi skrin 10.1″ IPS LCD sesentuh dan kamera sebesar 12MP di bahagian hadapan. Kamera ini mempunyai kemampuan menjejak subjek yang bergerak untuk memastikan mereka sentiasa di tengah-tengah ketika sesi telesidang. Terdapat speaker terbina yang menurut Facebook membolehkan Portal Go beroperasi sebagai speaker pintar menstrim kandungan dari Spotify, Pandora dan banyak lagi.

Portal+ pula dilengkapi skrin 14″ IPS LCD sesentuh dan kamera sebesar 12MP di bahagian hadapan. Kamera juga mempunyai kemampuan menjejak subjek yang bergerak untuk memastikan mereka sentiasa di tengah-tengah ketika sesi telesidang. Speaker Portal+ terdiri daripada sepasang pembesar suara 5W dan sub-woofer 20W. Empat mikrofon pula memastikan panggilan video yang dilakukan adalah jelas. Sekali lagi ia turut boleh digunakan sebagai speaker pintar untuk menstrim muzik.

Portal Go dijual pada harga $199 (~RM832) manakala Portal+ dijual pada harga $349 (~RM1460) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd