Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara Dijangka Diumumkan November 2021 Ini

Diterbitkan pada Sep 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kii mengatakan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (NVDR) dijangka diumumkan pada bulan November ini, sekaligus akan memastikan negara sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang.

Tumpuan segera pihak MOSTI kini adalah kepada penghasilan vaksin tempatan, selain beberapa perkara lain seperti pembangunan dan penyelidikan, selain perluasan ekosistem perniagaan permulaan.

Pada hari ini, pembangunan vaksin denggi, kolera dan leptospirosis telah memasuki fasa ujian pra-klinikal. Sementara itu, pembangunan vaksin Covid-19 pula telah memasuki peringkat penyelidikkan.

Dengan perkembangan positif ini, sama-sama kita berharap pada masa akan datang, kita boleh menjadi pengeluar vaksin berjaya, dan tidak perlu bergantung kepada pihak luar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami