Cari @ Amanz

Tidak boleh dinafikan, lambakan komputer riba di pasaran ketika ini benar-benar membuatkan pengguna dalam dilema untuk menentukan model yang baik. Bagaimanapun kalau dilihat di sekeliling kita, kebanyakan pengguna sebenarnya sering mengimpikan komputer riba yang mampu memudahkan segala urusan. Pada masa sama, ia juga ringan untuk di bawa kemana-mana.

Jadinya, kami ingin bertanyakan beberapa soalan. Adakah anda adalah salah seorang daripadanya? Adakah anda juga sedang berkira-kira untuk membeli komputer riba baharu? Jika jawapanya adalah ya, maka anda membaca artikel yang sepatutnya kerana kami mempunyai perkongsian cukup menarik buat anda.


Berita Baik Buat Semua!

Jadi, apa agaknya? Baiklah, anda perlu tahu yang mana HUAWEI sedang mengadakan promosi menarik untuk semua! Di mana, mereka kini menawarkan potongan harga hebat untuk komputer riba keluarannya. Di mana, anda boleh memiliki HUAWEI MateBook D 15 dengan janaan cip pemprosesan Intel Core i3 generasi ke-10 dan memori 8GB RAM pada harga lebih murah berbanding biasa. Teruja bukan?

Melaluinya, potongan harga sebanyak RM200 telah diberikan. Ini sekaligus menjadikan harga terkini komputer riba berkenaan hanyalah RM2,399 sahaja. Tawaran yang diberikan oleh HUAWEI ini sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Pada masa sama, ia juga boleh dianggap seakan memberi ‘bonus tambahan’ kepada anda untuk mengurangkan perbelanjaan.

Di samping itu, pelbagai hadiah percuma menarik turut ditawarkan untuk pembelian model HUAWEI MateBook D 15 dengan janaan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10 dan 11. Ini bagi menambahkan lagi keriangan orang ramai, sekaligus menjadikan pengalaman membeli-belah terasa lebih menyeronokkan! Ingin tahu dengan lebih lanjut? Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.


Ada Apa Dengan HUAWEI MateBook D 15?

Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan model komputer riba daripada HUAWEI sememangnya terkenal dengan rekaan yang kompak dan nipis. Pada masa sama, konsep yang digunakan oleh HUAWEI sememangnya sangat tepat dalam memahami keperluan pengguna hari ini. Samalah seperti HUAWEI MateBook D15 ini.

Prestasi Mengagumkan

HUAWEI MateBook D 15 terdiri daripada dua jenis variasi berbeza iaitu versi CPU Intel generasi ke-10 serta Intel generasi ke-11. Kedua-duanya hadir dengan CPU empat teras fizikal dan lapan bebenang kuasa yang sememangnya mampu berfungsi dengan baik dan efisien untuk pelbagai tugas. Bukan itu sahaja, HUAWEI turut melengkapinya dengan grafik terbina Intel Iris Xe yang turut sama menjadikan prestasi cukup baik untuk permainan.

Bagi meningkatkan pengalaman penggunaan, ia turut dilengkapi sistem pelepasan haba yang baik. Sekaligus, penggunaan komputer riba ini dalam tempoh masa yang lama juga langsung tidak mendatangkan masalah panas. Melaluinya, HUAWEI menggunakan sistem penyejukan dwi kipas Shark Fin serba baharu yang telah dinaik-taraf untuk aliran haba lebih baik. Ia direka secara khusus bagi memastikan penggunaan yang lancar tanpa gangguan meskipun untuk tempoh penggunaan yang panjang. Pada masa sama, ia turut bantu meningkatkan prestasi komputer riba untuk pengalaman keseluruhan yang lebih baik.

Selain itu, rekaan yang kaya dengan nilai estetik turut menambahkan lagi keseronokan. Ia juga sangat mudah dikendali kerana saiznya yang kompak berukuran 15.6-inci dan ringan dengan berat sekitar 1.56kg. Dengan ini, ia tidak memakan ruang yang besar serta memudahkan anda untuk menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Paparan Menakjubkan

Komputer riba ini juga mempunyai reka bentuk yang hampir tiada bingkai, sekaligus membolehkannya mencapai nisbah skrin-ke-badan yang tinggi. Bukan itu sahaja, skrin IPS LCD beresolusi FHD (1920 x 1080 piksel) dan nisbah aspek 16:9 turut menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih baik.

Dengan ini, anda boleh menikmati pengalaman penggunaan yang lebih mendalam dengan sudut penglihatan yang seluas mungkin. Tona warnya yang dihasilkan juga cukup tajam. Anda juga tidak perlu risau tentang ketidakselesaan penglihatan seperti ketegangan mata.

Sebabnya, HUAWEI MateBook D 15 mendapat pensijilan TUV Rheinland untuk pencahayaan sinar biru yang rendah dan bebas kelipan. Ia sangat membantu dalam melidungi mata daripada pencahayan biru yang berlebihan, sekaligus membolehkan anda kekal selesa untuk penggunaan masa yang panjang.

Meskipun bersaiz kompak, HUAWEI MateBook D 15 berupaya memuatkan jumlah I/O yang mencukupi dengan keperluan seharian. Antaranya seperti USB-C, HDMI, USB 2.0, USB 3.2 Gen 1 dan bicu audio 3.5mm.

Fungsi Serbaguna

Tidak dapat dinafikan, HUAWEI berjaya mewujudkan ekosistem yang mampu memudahkan anda untuk kekal produktif. Teknologi HUAWEI Share adalah ciri berasaskan NFC yang membolehkan anda menikmati pengalaman cukup baik merentas peranti HUAWEI seperti tablet dan telefon bimbit.

Kemudian, HUAWEI MateBook D 15 turut sama menyokong ciri kolaborasi multi-skrin tablet-PC yang memboleh pelbagai urusan menjadi mudah dengan hanya satu sentuhan. Anda boleh berkongsi pelbagai fail dengan mudah melaluinya termasuklah gambar, video dan sebagainya. Ia ternyata bukan sahaja menyeronokkan, sebaliknya turut menjimatkan masa.

Menambah keseronokan apabila ciri kolaborasi multi-skrin ini turut disertakan dengan tiga lagi mod tambahan. Antaranya seperti Mirror Mode yang membolehkan anda menjadikan peranti tablet sebagai paparan tambahan.

Seterusnya, Extend Mode turut sama sangat membantu dalam menyiapkan pelbagai tugas lebih mudah. Di mana, anda juga boleh menggunakan peranti tablet sebagai paparan kedua untuk proses menyiapkan tugasan yang lebih banyak tugas.

Akhir sekali, Collaborate Mode pula fungsi yang memudahkan proses pemindahan pelbagai jenis fail atau aplikasi secara drag & drop merentasi berbagai produk yang dilengkapi fungsi NFC.


Ada Lagi Berita Menarik!

Jika anda mahukan komputer riba HUAWEI yang turut sama menawarkan prestasi efisien, mereka juga mempunyai satu lagi pilihan lain iaitu HUAWEI MateBook 14. Komputer riba ini menggunakan siri CPU AMD Ryzen 5 4000 yang direka khusus untuk produktiviti berprestasi tinggi. Ia juga memiliki skrin 2K yang sememangnya mampu menyajikan pengalaman tontonan dengan keperincian cukup menakjubkan. Jika anda berminat, ia boleh dibeli pada harga RM3,999 menerusi pengedar sah HUAWEI di seluruh Malaysia.

Jelas kelihatan, HUAWEI sangat mementingkan kebaikan untuk penggunanya. Selain daripada potongan harga menarik untuk model HUAWEI MateBook D 15 (i3), Anda juga boleh menikmati pengalaman berbelanja menarik lain kerana HUAWEI turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM199 yang berupa beg komputer riba eksklusif untuk pembelian HUAWEI MateBook D 15 (i5) dengan janaan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10 berharga RM2,999 dan Intel Core i5 generasi ke-11 pula berharga RM3,699 .

Selain itu, setiap pembelian HUAWEI MateBook D 15 (i5), anda juga berpeluang untuk mendapatkan langganan Microsoft 365 selama setahun secara percuma bersama-sama dengannya! Promosi terhad sehingga 30 September 2021. Tunggu apa lagi, dapatkan segera sementara stok masih ada!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rangkaian komputer riba HUAWEI, anda boleh layari kedai atas talian atau fizikal rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan aplikasi My HUAWEI App untuk pengalaman lebih baik.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd