Cari @ Amanz

Vivo Y21 sedia diperkenalkan di India dan ia adalah sebuah peranti Android kelas permulaan dengan janaan cip MediaTek Helio P35. Dalam perkembangan terkini, muncul pula laporan baharu mengenai Vivo Y21s. Rekaan dan spesifikasi utamanya dilihat telah tertiris sepenuhnya dalam beberapa poster yang tular.

Jelas kelihatan, rekaan fizikalnya mirip sekali dengan model Vivo Y21 yang lengkap dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat. Melaluinya, ia menampilkan sistem tri-kamera yang disusun dalam bentuk huruf L. Tetapan kamera ini terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro).

Seterusnya, skrin bertakuk kecil turut digunakan pada panel hapadan untuk peletakan kamera swafoto 8MP. Saiz skrin adalah 6.51-inci LCD beresolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Cip pemprosesan yang digunakan adalah MediaTek Helio G80 dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut melengkapinya, bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Vivo Y21s turut menjalankan antaramuka FunTouch OS 11 berasaskan Android 11.

Jika diperhatikan dengan teliti, sebahagian besar spesifikasinya mirip sekali dengan Vivo Y21. Beza utama terletak pada sokongan kamera utama yang kini lebih baik berbanding dwi-kamera pada Vivo Y21. Buat masa ini, belum ada tarikh khusus untuk pelancaran peranti. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : GSMARENA

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd