Logitech G435 Lightspeed Kini Di Malaysia – Set Fon Kepala Khusus Untuk Permainan Pada Harga RM299

Diterbitkan pada Sep 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan lepas, Logitech G telah melancarkan set fon kepala baharu khusus untuk permainan video – iaitu Logitech G335. Ia adalah set fon kepada berwayar mampu milik yang diiktiraf Discord. Harga jualan juga adalah dalam kategori mampu milik, iaitu RM269 sahaja.

Baru-baru ini yang memasuki pasaran Malaysia adalah Logitech G435 pula, iaitu set fon kepada yang kelihatan lebih kurang sama tetapi adalah jenis nirwayar.

Logitech G435 ini hadir dengan pemacu audio 40mm dengan sokongan Dolby Atmos, Tempest 3D AudioTech serta Windows Sonic Spatial Sound. Ia dibina daripada bahan binaan plastik kitar semula dan mempunyai berat hanya 165 gram. Set fon kepala nirwayar ini juga mampu memberikan kualiti audio yang cukup jelas, mikrofon yang mampu menangkap suara pengguna sambil mengurangkan hingar dan boleh digunakan pada pelbagai platform termasuk PlayStation 4, PlayStation 5, komputer Windows serta macOS.

Ia menggunakan sambungan Bluetooth yang menyokong jarak sehingga sekitar 10 meter. Logitech G turut menjanjikan pengalaman pendengaran sela masa rendah agar sepanjang penggunaan adalah mengasyikkan. Untuk bateri, mereka mendakwa mempunyai ketahanan sehingga 18 jam. Set fon kepala ini turut mempunyai beberapa butang kawalan untuk memudahkan lagi pengguna.

Pengecasan pula adalah melalui port USB-C, kemudian pilihan warna adalah Off White/Lilac, Blue/Raspberry atau juga Black/Neon Yellow yang ceria dan sesuai untuk golongan muda. Harga jualan di Malaysia adalah RM299 sahaja, iaitu hanya RM30 tambahan berbanding model berwayar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami