Vivo telah mengemaskini rangkaian telefon pintar siri X mereka untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, Vivo X70 dan Vivo X70 Pro telah diperkenalkan secara rasminya, sebentar tadi. Kedua-duanya berkongsi sebahagian besar aspek yang sama. Beza utama hanya terletak pada sokongan kamera utama dan kapasiti bateri.

Bagi yang berminat, Vivo X70 5G dijual pada harga RM2,499. Sementara itu, Vivo X70 Pro 5G pula berharga RM3,299. Sesi pra-tempahan telah dibuka bermula hari ini hingga 1 Oktober 2021 dan setiap pembelian akan disertakan dengan sejumlah hadiah menarik percuma bernilai RM599 untuk Vivo X70 5G. Sementara itu, pembelian untuk Vivo X70 Pro pula didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM799.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo X70 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.56-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia seterusnya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 4,450mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Tetapan kamera utama adalah 50MP + 12MP + 12MP + 8MP. Manakala kamera swafoto pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.2, pengimbas cap jari pada paparan, WiFi6, NFC, port USB-C, Funtouch 0S 12, Android 11 dan banyak lagi.

Seterusnya, Vivo X70 turut menggunakan skrin berukuran 6.56-inci yang beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Dimensity 1200 turut digunakan dengan padanan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri adalah 4,400mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 44W. Kamera utama terdiri dengan 40MP + 12MP + 12MP dan kamera hadapan pula adalah 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.2, pengimbas cap jari pada paparan, WiFi6, NFC, port USB-C, Funtouch 0S 12, Android 11 dan banyak lagi.