Carian
Realme GT Neo2 Dilancarkan – Snapdragon 870, Skrin AMOLED 120Hz, Bateri 5000mAh
September 22, 2021 Amy Maizuraa

Realme GT Neo2 akhirnya diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di China, hari ini. Ia merupakan model kemaskini kepada Realme GT Neo yang dilancarkan sekitar bulan Mac yang lalu.

Untuk spesifikasi khusus, Realme GT Neo2 dilengkapi skrin bersaiz 6.62-inci AMOLED beresolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga dipadankan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1). Kapasiti bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Sistem tri-kamera utama digunakan di sini dengan gabungan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sistem penyejukan yang dinaik-taraf untuk aliran haba lebih baik, pembesar suara stereo, antaramuka Realme UI2.0 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Di China, Realme GT Neo2 dijual pada harga bermula RMB2,499 (~RM1,620 (8GB/12GB), RMB2699 (~RM1750) (8GB/256GB) dan RMB2999 (~RM1,944) (12GB/256GB). Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China. Tetapi, Realme mempunyai perancangan untuk membawanya ke pasaran global pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sumber : Realme China

Komen