Cari @ Amanz

Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) telahpun mendedahkan pesawat pengebom B-21 Raider sedang dibina dengan rekaan yang amat mirip dengan pesawat pengebom Northrop Grumman B-2 Spirit. Sebelum ini dipercayai dua pesawat sedang dibina tetapi minggu ini USAF mengesahkan sebenarnya lima pesawat sedang dibina di Air Force Plant 42 yang terletak di California.

Kelima-lima pesawat prototaip dibina dengan penuh rahsia tanpa sebarang gambar sebenar didedahkan. USAF berharap sekiranya semua berjalan lancar, B-21 pertama akan melakukan penerbangan sulung pada tahun 2022 dan memulakan operasi pada pertengahan 2020-an.

Sebanyak 100 unit B-21 Raider setiap satunya menelan belanja $639 juta (~RM2.67 bilion) akan dipesan bagi menggantikan bukan sahaja B-21 Spirit tetapi juga B-1B Lancer yang sudah berusia. B-21 Raider akan mempunyai keratan rentas yang kecil yang menukarkannya dikesan oleh radar. Selain kemampuan membawa senjata nuklear ia juga boleh membawa senjata pintar dan senjata boleh melepak.

Sumber Flight Global

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd