Apple memulakan langkah tahun lalu menawarkan peranti tanpa pengecas yang bukan sahaja mengurangkan penggunaan plastik tetapi juga lebih kecil yang kurang menggunakan bahan kadbod. Tahun ini mereka lebih ekstrem dengan kotak peranti tanpa plastik langsung kerana digantikan dengan kertas sepenuhnya. Langkah mesra alam Apple ini mungkin akan diikuti pila oleh Xiaomi.

Rekaan kotak Xiaomi Civi telahpun tertiris ke arena web dan memberikan kami dejavu kerana mirip dengan kotak iPhone. Menurut peniris, seperti Apple peranti ini tidak akan ditawarkan dengan pengecas di dalam kotak. Sebaliknya kotak berasingan dengan pengecas akan diberikan kepada pelanggan yang memerlukannya.
Ura-ura lain mengenai peranti ialah ia akan dilengkapi skrin 120Hz, dijana cip Snapdragon 778G, dan mempunyai panel belakang elektrokromik yang boleh berubah warna. Ia mungkin dilancarkan pada 27 September hadapan kerana Xiaomi telah menjadualkan acara pada tarikh tersebut.
Sumber Gizmochina