Cari @ Amanz

Nokia G50 melancarkan sebuah lagi telefon pintar 5G yang mampu milik ke pasaran. Nokia G50 ialah peranti dengan skrin 6.82″ IPS LCD HD+, dijana cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri gergasi 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Peranti turut dilengkapi kamera utama 48+5+2 MP yang memadankan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan kedalaman. Kesemua kamera utama diletakkan di dalam bonggol berbentuk bulat. Sementara itu kamera swafoto 8MP diletakkan di dalam takuk di hadapan.Peranti turut mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi terbina pada butang kuasa serta bicu audio 3.5mm. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 11 asli tanpa pelancar tambahan.

Di UK Nokia G50 dijual pada harga £200 (~RM1142) sebuah dalam pilihan warna Ocean Blue dan Midnight Sun. Harga peranti mungkin diihat mampu milik di Eropah tetapi boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd