Surface Slim Pen 2 Mempunyai Sistem Haptik Seperti Menggunakannya Di Atas Kertas Sebenar

Diterbitkan pada Sep 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa pelancaran peranti Surface mereka malam semalam, Microsoft turut mengumumkan stylus Surface Slim Pen 2. Styus generasi kedua ini mempunyai ciri menarik tindak balas haptik yang memberikan pengalaman seakan menggunakannya di atas permukaan kertas sebenar.

Dengan ciri getaran yang lebih realistik ini proses menghasilkan karya digital akan menjadi lebih semula jadi bagi mereka yang lebih selesa melakar pada permukaan kertas atau kanvas. Lebih menarik ialah Surface Slim Pen 2 turut disokong pada beberapa produk Surface terdahulu dan bukan hanya model baharu. Setakat ini perisian yang menyokong sistem haptik ialah Adobe Photoshop dengan sokongan aplikasi tambahan akan diberikan.

Stylus ini mempunyai sokongan bluetooth dengan bateri boleh bertahan sehingga 15 jam dengan sekali caj. Pengecasan semula dilakukan apabila di masukkan ke dalam tempat simpanan magnetik yang juga diumumkan semalam. Setiap Surface Slim Pen 2 dijual pada harga $130 (~RM545) sebuah. Senarai lengkap peranti Surface yang menyokongnya adalah di bawah.

  1. Surface Book 1 hingga 3
  2. Surface Duo, Duo 2
  3. Surface Go 1 hingga 3
  4. Surface Hub 2S
  5. Surface Laptop 1 hinga 4
  6. Surface Laptop Studio
  7. Surface Pro 3 hingga Pro 8
  8. Surface Pro X
  9. Surface Studio 1, 2
  10. Sebarang peranti yang menyokong Microsoft Pen Protocol (MPP)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami