Apple kini dilihat meningkat usaha dalam memerangi dan mengurangkan kadar ketirisan maklumat berkaitan Apple kepada umum. Melalui memo yang dihantar Tim Cook kepada para pekerja, beliau mengatakan pekerja yang meniriskan maklumat rahsia, tidak patut berada di Apple.
Pada masa yang sama, Tim Cook mengatakan terdapat sejumlah pekerja yang tidak menyukai berkenaan kandungan daripada sesuatu mesyuarat yang tertiris kepada wartawan.
Selain berkenaan mesyuarat dalaman, Tim Cook juga menekankan info berkaitan dengan produk yang tertiris jauh sebelum pelancarannya.
Perkongsian memo ini hadir selepas pelancaran iPhone 13, yang mana info berkaitan dengannya tertiris jauh sebelum pelancaran sebenar produk berkennaan kepada umum.