Cari @ Amanz

Brave merupakan salah satu penawaran pelayar web yang memfokuskan privasi, selain turut memberikan ganjaran kriptowang ketika menggunakannya. Terbaru, Brave turut menambah sebuah ciri baharu diinamakan sebagai Brave Talk.

Brave Talk merupakan sebuah ciri panggilan video yang hadir terbina pada pelayar web Brave, dan memfokuskan kepada privasi.

Buat masa ini, Brave Talk boleh dimulakan oleh pengguna Brave sahaja, tetapi boleh disertai oleh pelbagai pengguna pelayar web lain.

Brave Talk menawarkan ciri panggilan video percuma satu-ke-satu tanpa had, dan bagi penyertaan lebih daripada tiga pengguna pada sesuatu masa, Brave Talk boleh dilanggan pada harga $7 sebulan – yang turut hadir dengan ciri rakaman panggilan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd