Pelan Tanpa Had Hotlink Kini Turut Hadir Dengan Pilihan Kelajuan 18Mbps

Diterbitkan pada Sep 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hotlink sedia menawarkan pelan tanpa had yang hadir dengan pilihan kelajuan 3Mbps ataupun 6Mbps. Menariknya, kini Hotlink turut telah menambah satu lagi pilihan, iaitu dengan kelajuan mencapai 18Mbps.

Pengguna boleh menikmati sokongan lain yang lebih kurang sama, iaitu panggilan tanpa had, Hotspot tanpa had dengan tambahan RM5, selain akses Viu Premium.

Hotlink menawarkan pas akses tanpa had 18Mbps pada harga RM60 sebulan. Apa pun, untuk makluman, ia masih tertakluk kepada had penggunaan 50GB sebulan, dan kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps selepas had kuota berkenaan habis digunakan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami