Cari @ Amanz

Oppo kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran baru untuk siri F mereka di India. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Oppo F19s – sekaligus menyertai Oppo F19, Oppo F19 Pro dan Oppo F19 Pro+ yang dilancarkan sekitar awal tahun lalu. Dari segi rekaan, Oppo F19s mempunyai reka bentuk yang sangat mirip seperti Oppo F19.

Ia lengkap dengan sistem tri-kamera yang ditempatkan dalam modul kamera berbentuk segi empat. Di samping, tersedia dalam dua pilihan kemasan warna seperti Glowing Black dan Glowing Gold. Panel hadapan pula sejenis berlubang. Seterusnya, ia juga mempunyai panel hadapan sejenis rata bersama skrin berlubang yang ditempatkan pada bucu atas sebelah kiri. Pada masa sama, ia turut menampilkan sokongan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Setakat ini, itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang diketahui. Oppo F19s akan dilancarkan secara rasmi pada 27 September 2021. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Oppo India

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd