OPPO Reno6 Z – Alternatif Telefon Pintar 5G Gaming Yang Baik Bawah RM2000

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda penggemar telefon pintar gaming, tentunya anda tahu bahawa telefon pintar ini kebiasaannya dipasarkan pada harga yang agak mahal disebabkan spesifikasinya yang tinggi. Ada juga telefon pintar yang dipasarkan pada harga mampu milik namun tentu ada juga di antara kita yang sedikit skeptikal terhadapnya kerana memikirkan bahawa telefon mampu milik ini kebiasaannya akan ada spesifikasi yang akan dikorbankan.

Apa Yang OPPO Reno6 Z Tawarkan Untuk Keseronokan Gaming?

Tetapi bagi OPPO Reno6 Z, anda tidak perlu risau kerana ia hadir dengan spesifikasi baik untuk bermain permua dan dalam masa yang sama dipasarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding telefon gaming biasa.

Mengoptimasikan CPU Dan GPU Untuk Pengalaman Gaming Yang Lebih Menyeronokkan

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G yang mana ia dikatakan mampu untuk beroperasi sepantas 2.4GHz. Jika dirujuk ke laman rasmi MediaTek, cip pemprosesan ini mampu untuk melancarkan permua di telefon pintar sepantas 1.4 saat lebih laju daripada siri Dimensity 700 sebelumnya, 11% lebih pantas untuk operasi CPU dan prestasi GPU-nya pula adalah 28% lebih baik.

Rangkaian 5G Untuk Sambungan Internet Yang Lebih Laju

Sokongan rangkaian 5G pada telefon pintar ini juga akan membantu prestasi permainan anda. Mengapa saya berkata begitu adalah kerana apabila rangkaian 5G sudah mula disokong, ia mampu untuk menawarkan rangkaian internet yang lebih laju sekaligus membolehkan anda untuk bermain permua dengan lebih lancar dan mengurangkan masalah lengah masa ketika permainan.

Hyper Boost 4.0 Dan Multiple Cooling Mechanism Untuk Permainan Yang Lebih Lancar

Prestasi permainan anda juga akan menjadi lebih baik melalui fungsi Hyper Boost 4.0. Fungsi ini beroperasi untuk mengoptimasikan penggunaan CPU dan GPU ketika permainan berlangsung. Ini sekaligus mengurangkan penggunaan kuasa OPPO Reno6 Z ini sehingga 10%. Proses pemanasan juga lambat berlaku kerana dibantu oleh ciri Multiple Cooling Mechanism yang ada pada telefon pintar ini dimana ia berfungsi untuk mengurangkan pemanasan peranti sehingga 30%. Jadi telefon anda lambat panas jika bermain permua dalam tempoh masa yang lama.

Mod-Mod Permainan Boleh Diaktifkan Apabila Anda Tidak Ingin Diganggu Ketika Permainan

Pernahkah anda mengalami situasi ini? Permainan anda sudah sampai di penghujung dan bersedia untuk menang. Tetapi disebabkan oleh notifikasi yang sentiasa masuk menyebabkan permainan anda terganggu dan akhirnya anda kalah. Jika anda hendak mengekalkan prestasi permainan anda, OPPO Reno6 Z ini dilengkapi dengan fungsi Game Focus Mode dimana telefon pintar ini tidak akan menerima notifikasi apabila ia diaktifkan, sekaligus tidak mengganggu fokus anda ketika permainan berlangsung.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan fungsi Bullet Notifications sekiranya masih ingin menerima notifikasi. Notifikasi akan muncul pada bahagian atas skrin dan boleh dihilangkan apabila anda menatalnya ke kiri. Anda juga boleh tetapkan kelajuan notifikasi hilang dan muncul di skrin dan juga boleh mengurangkan kegelapan talam notifikasi supaya menjadi sedikit lutsinar dan tidak mengganggu ruang permainan anda.

Ketahanan Bateri Yang Lama Dan Turut Dibantu Oleh Pengecasan Pantas

Untuk satu pusingan permainan kadang kala juga memakan masa yang lama. Oleh sebab itu, anda perlukan kapasiti bateri yang besar dan juga sistem pengecasan yang pantas. Jika anda memiliki OPPO Reno6 Z ini, ia tidak menjadi masalah untuk anda bermain dalam tempoh masa yang lama kerana ia hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4310mAh yang boleh dicas menggunakan 30W VOOC Flash Charge 4.0. Menurut OPPO, telefon pintar ini mampu mengecas penuh dalam masa 52 minit.

Saiz Memori Dan Storan Yang Boleh Diperluaskan Menjadi Lebih Besar

Kita semua tahu bahawa saiz memori dan storan juga memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lancar. Jadi, OPPO meletakkan saiz memori 8GB RAM bersama 128GB ROM pada telefon pintar ini. Malah saiz RAM pada telefon pintar ini juga boleh dikembangkan sehingga 5GB tambahan dan storannya pula boleh dikembangkan menggunakan mikro SD bagi menyimpan lagi banyak fail seperti permua, gambar dan juga video.

Apakah Ciri Menarik Lain Yang Ada Pada OPPO Reno6 Z?

Keupayaan Kamera Yang Mampu Menghasilkan Rakaman Yang Baik

Apabila sebut sahaja OPPO, kita semua tahu bahawa jenama ini adalah antara jenama telefon pintar yang sering memfokuskan kepada keupayaan kamera. OPPO Reno6 Z ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP, 8MP untuk kamera sudut lebar dan juga 2MP untuk kamera makro. Manakala kamera swafotonya pula dilengkapi dengan sensor 32MP. Antara fungsi-fungsi rakaman gambar dan video yang disokong adalah seperti Bokeh Flare Portrait untuk kamera depan dan belakang, Ultra-Clear 108MP Image, AI Palette, Flash Snapshot, Focus Tracking Video dan banyak lagi fungsi rakaman menarik.

Fungsi Kawalan Skrin Tanpa Sentuhan

Selain daripada itu, terdapat juga ciri Air Gestures yang membolehkan anda untuk mengawal telefon dengan hanya menggunakan gerakkan tangan tanpa perlu menyentuh skrin 6.4 inci AMOLED telefon ini. Terdapat dua fungsi dibawah ciri ini. Pertamanya adalah Air Answer dimana anda boleh menjawab panggilan telefon dengan hanya menggerakkan tangan anda ke atas. Keduanya adalah Air Scroll yang membolehkan anda menatal skrin tanpa menyentuhnya dengan jarak 20-40 sentimeter daripada skrin.

Harganya Yang Berbaloi Untuk Sebuah Telefon Pintar Yang Memfokuskan Kamera Dan Gaming

Ciri menariknya yang lain tentulah harga pasarannya. Telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM1699 sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Stellar Black dan juga Aurora. Untuk sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan kamera dan mempunyai spesifikasi gaming yang baik, harga sebegini tentunya menjadikan ia berbaloi untuk dimiliki. Sekiranya anda gemar bermain permua yang tidak terlalu berat, OPPO Reno6 Z adalah model yang sesuai untuk anda. Jadi, kalau anda berminat dengan telefon pintar ini, boleh memilikinya melalui pengedar-pengedar rasmi OPPO di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami