Cari @ Amanz

Xiaomi 11 Lite 5G NE telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia malam ini. Peranti kemas kini kepada Mi 11 Lite 4G dilengkapi skrin sebesar 6.55-inci FHD+ AMOLED 90Hz, dijana cip Snapdragon 778G, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X, storan sehingga 256GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 4250 mAh. Bateri yang hanya sederhana besar ini boleh dicas semula dengan pengecas 33W menerusi port USB-C. Pengecas ini disertakan di dalam kotak.

Kamera utama terdiri daripada 64MP f/1.79 sudut lebar, 8MP f/2.2 sudut ultra lebar dan 5MP f/2.4 telemakro dengan kamera swafoto pula sebesar 20MP. Bonggol kamera tidak begitu tinggi dengan panel belakang pula diperbuat daripada plastik.

Ciri lain yang disertakan ialah pembesar suara stereo, sokongan HDR10 dan pemancar infra merah untuk kawalan jauh. Keseluruhan peranti hanyalah sebuah Mi 11 Lite 4G yang diberikan pemproses yang lebih berkuasa dan skrin yang kini menyokong Dolby Vision.

Xiaomi 11 Lite 5G NE ditawarkan pada harga RM 1199 untuk 6/128GB , RM1399 untuk 8/128GB dan RM1599 untuk 8/256GB di Malaysia. Warna yang ditawarkan pula ialah Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink, dan Snowflake White.

Sempena pelancarannya di Malaysia, 5000 pembeli Xiaomi 11 Lite 5G NE 8/128GB akan menerima Mi True
Wireless Earphones 2 Basic percuma. Sementara itu 2000 pembeli pertama Xiaomi 11 Lite 5G NE 8/256GB akan menerima Mi Watch Lite percuma sementara 5000 pembeli seterusnya akan menerima Mi True
Wireless Earphones 2 Basic percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd