Tidak dilupakan ialah Xiaomi Pad 5 yang juga dilancarkan di Malaysia secara rasmi hari ini. Tablet Xiaomi pertama dijual di Malaysia untuk jangka masa yang lama ini dilengkapi skrin 11-inci IPS LCD beresolusi WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Pada masa sama, paparannya turut menyokong ciri tambahan seperti kemampuan memaparkan gamut warna DCI-P3 dan Dolby Vision.

Seterusnya, ia juga dijana oleh cip Snapdragon 860, GPU Adreno 640, memori 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri berkapasiti 8,720mAh yang disertakan turut sama menyokong pengecasan berwayar 33W. K
amera utama pula adalah 13-Megapixel, manakala kamera hadapannya sebesar 8-Megapixel. Tidak ketinggalan, ia membawakan empat pembesar suara dengan sistem audio Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih baik. Peranti turut menyokong stylus Xiaomi Smart Pen yang dicas secara sambungan magnet pada sisi tablet.

Xiaomi Pad 5 dijual pada harga RM1399 untuk model 6GB/128GB, dan RM1599 untuk model 6GB/256G. Sempena pelancarannya di Malaysia, model 6/128GB akan ditawarkan pada harga promosi RM1299 pada hari esok sahaja. Warna yang ditawarkan pula ialah Cosmic Gray dan Pearl White. Sementara itu harga jualan Xiaomi Smart Pen masih belum diumumkan.
