Cari @ Amanz

iQOO Z5 akhirnya dilancarkan secara rasmi di China, sebentar tadi. Ia merupakan model kemaskini kepada siri iQOO Z3 yang diumumkan sekitar bulan Mac yang lalu. Di China, iQOO Z5 dijual pada harga RMB1899 (~RM1,230) dengan tiga pilihan warna yang menarik.

Untuk spesifikasi khusus, iQOO Z5 dilengkapi skrin 6.67-inci LCD beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 778G bersama GPU Adreno 642L, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri yang disertakan pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

Dari aspek fotografi, , ia membawakan sistem tri-kamera dengan tetapan 64MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, menjalankan antaramuka OriginOS berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Sumber : iQOO China

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd