Twitter Akan Menyelesaikan Isu Mesej Yang Hilang Dari Susur Masa

Diterbitkan pada Sep 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara isu yang menimbulkan kemarahan pengguna Twitter ialah susur masa yang melakukan segar semua tanpa disuruh. Akibatnya kadang kala bebenang yang sedang dibaca hilang dan sukar untuk dicari semula. Twitter mendengar keluhan pengguna dan berjanji akan menyelesaikan isu ini.

Dalam masa dua bulan akan datang, Twitter akan memberikan kemas kini yang memastikan mesej atau bebenang perbualan yang ingin dibaca tidak hilang dari susur masa. Menerusinya susur masa akan disegar semula mengikut ciapan yang dihantar oleh akaun yang diikuti pengguna tetapi ciapan yang sedang dibaca tidak akan hilang. Contoh bagaimana susur masa akan ditambah baik tidak pula diberikan pada waktu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami