Carian
Xiaomi Menawarkan Harga Promosi Untuk Televisyen Pintar Mereka – Mi TV P1 Dan Mi TV Q1 Bermula RM949
September 23, 2021 Fahim Zahar

Xiaomi sudah lama berkecimpung dalam arena barangan elektrik rumah. Produk mereka seperti televisyen sudah lama berada di pasaran dunia, tetapi di Malaysia hanya tahun ini sahaja dilihat mereka mula menjadi lebih serius dengan memperkenalkan Mi TV P1 dan Mi TV Q1.

Mi TV Q1 dilancarkan pada Mei lalu, ia dalah televisyen dengan panel QLED dengan harga jualan yang kompetitif. Begitu juga dengan Mi TV P1 dengan panel LED yang dijual pada harga agak mampu milik. Kesemua televisyen Xiaomi ini hadir dengan sistem operasi Android TV dan turut mempunyai PatchWall sebagai pelancar ataupun sistem lalai mereka sebagai hab hiburan.

Terkini sempena pelancaran siri 11T sebentar tadi, Xiaomi Malaysia mengumumkan harga promosi bagi televisyen-televisyen mereka.

ModelHarga AsalHarga Promosi
Mi TV P1 32″RM 999RM 949
Mi TV P1 43″RM 1,799RM 1,699
Mi TV P1 55″RM 2,499RM 2,299
Mi TV Q1 75″RM 7,999RM 7,499

Mi TV P1 32-inci dijual pada harga RM949, 43-inci pula RM1699 dan 55-inci pada harga RM2299. Model paling premium mereka, Mi TV Q1 pula dengan panel QLED dijual pada harga RM7,499. Jika dibandingkan dengan televisyen Samsung dengan panel yang sama, harga pada saiz sekitar 50-55 inci sudah mencapai RM5000-RM7000.

Harga promosi ini diadakan daripada 24 September sehingga 30 September di kedai fizikal Xiaomi Store, serta Lazada dan Shopee rasmi mereka.

Komen