Discord boleh dikatakan adalah perisian berborak atas-talian yang paling moden digunakan hari ini, dimana ia bukan sahaja hadir dengan kebolehan berborak secara teks dan video, ia juga mempunyai kebolehan menstrim, integrasi borak suara dalam permainan dan macam-macam lagi.
Laporan The Verge baru-baru ini memperlihatkan bahawa Discord dan perkhidmatan penstriman video YouTube sedang bekerjasama untuk membolehkan pelayan-pelayan Discord ini untuk menstrim video-video YouTube secara terus daripada perisian tersebut.

Ujian untuk ciri penstriman video ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi YouTube dilihat baru-baru ini telah menghantar arahan penutupan kepada salah satu bot musik Discord terkenal yang dinamakan Rythm yang membolehkan pengguna untuk mendengar audio daripada video YouTube secara terbina, menjadikan Discord sebagai platform penstriman audio secara tidak langsung.
Ciri penstriman video YouTube ini dinamakan Watch Together, yang membolehkan orang ramai untuk menonton video-video YouTube secara terus atau latar belakang bersama-sama mereka yang didalam bilik dengan integrasi Watch Together tersebut. Pengguna juga dilihat boleh mencipta senarai video yang boleh ditonton bersama didalam saluran Discord yang memudahkan kerja pemilik saluran untuk menambahkan video baru selepas satu video habis dimainkan.

Ini sedikit sebanyak adalah satu cara untuk Discord memperbaiki lubang yang ditinggalkan oleh Groovy, dan sokongan untuk fungsi ini dijangka akan diterima baik oleh para pengguna perisian tersebut.
Watch Together kini sedang diuji melalui beberapa saluran Discord terpilih, tetapi pemilik saluran yang ingin mencuba fungsi ini boleh ke pelayan Discord GameLabs untuk cuba menguji ciri ini. Discord mengatakan bahawa mereka dijangka akan memperkenalkan fungsi ini secara rasmi tidak lama lagi pada penghujung Oktober 2021 kelak.
Sumber: The Verge