Twitter Mengemaskini Fungsi Tip Jar Mereka Untuk Menyokong Pemberian Tip Bitcoin

Diterbitkan pada Sep 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan yang lalu, Twitter telah memperkenalkan ciri Tip Jar untuk beberapa pengguna Twitter terpilih yang membolehkan mereka memasukkan butiran kewangan supaya pengguna lain boleh menghantar tip wang kepada mereka.

Terkini, Twitter dilihat telah menambahkan sokongan penghantaran kriptowang Bitcoin kepada fungsi tersebut, yang membolehkan pengguna menghantar kriptowang kepada pengguna-pengguna terpilih ini secara cepat dan mudah.

Buat masa ini, fungsi ini terhad kepada pengguna Twitter di Amerika Syarikat dan El Salvador sahaja terlebih dahulu, dimana pengguna di Hawaii dan New York hanya akan menerimanya di masa akan datang. Twitter menggunakan perkhidmatan pertukaran kriptowang Strike yang mana Twitter tidak akan mengambil sebarang potongan daripada nilai Bitcoin yang diterima.

Ciri Tip dengan Bitcoin ini akan ditawarkan pada aplikasi Twitter untuk iOS terlebih dahulu sebelum ianya diperkenalkan pada aplikasi Twitter untuk Android dalam masa beberapa minggu lagi.

Sumber: Engadget

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami