Redmi Buds 3 Kini Di Malaysia Pada Harga RM 139

Diterbitkan pada Sep 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi mereka yang mencari sepasang fon telinga TWS yang mampu milik  Redmi Buds 3 juga telah dilancarkan di Malaysia malam tadi. Fon telinga dari jenis dalam telinga dan terbuka ini dilengkapi cip Qualcomm QCC3040. yang membolehkan ia menyokong sistem Qualcomm aptX Adaptive yang memastikan audio berkualiti tinggi dan panggilan suara yang jelas boleh dinikmati pengguna.

Pemandu audio 12mm dengan dua mikrofon disertakan pada putik audio. Pada bahagian sisi terdapat pad sesentuh untuk melakukan kawalan gestur dan ia turut menjeda muzik apabila putik ditanggalkan dari telinga pemakai.

Fon telinga boleh beroperasi sehingga lima jam dengan sekali caj atau sehingga 20 jam dengan bantuan pod pengecas. Pod dicas semula menggunakan port USB-C. Tambah menarik fon telinga melepasi piawaian IP54 yang membolehkannya dipakai ketika aktiviti bersukan. Di Malaysia Redmi Buds 3 dijual pada harga RM139.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami