Mi Wireless Outdoor Security Camera 1080P Ditawarkan Pada Harga Bermula RM279

Diterbitkan pada Sep 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir sekali Xiaomi Malaysia juga menawarkan Mi Wireless Outdoor Security Camera 1080P di Malaysia. Kamera keselamatan litar tertutup pintar ini berfungsi secara nirwayar dengan sebuah hub kawalan yang menyimpan rakaman video. Kamera dilengkapi lensa ultra sudut lebar 130 darjah yang memastikan tidak ada kawasan tersorok untuk pemantauan.

Selain itu kamera merakam video pada resolusi FHD, kalis air IP65 untuk digunakan di luar, tahan cuaca ekstrem, melihat pada waktu malam dan memberikan amaran apabila mengesan percubaan mengubah kedudukannya. Kamera turut mempunyai kemampuan mengesan pergerakan sehingga jarak 7 meter. Apabila pergerakan dikesan notifikasi akan dihantar kepada pemilik kediaman. Dengan penggunaan bateri, kamera boleh beroperasi berterusan sehingga 90 hari.

Hub penerima video untuk kamera ini pula boleh menyokong sambungan kepada empat kamera secara serentak. Video yang dirakam bole disimpan dalam kad memori TF atau pemacu USB menerusi slot di bahagian belakang. Pengguna boleh menstrim visual dari kamera pada bila-bila masa menggunakan aplikasi telefon pintar yang disediakan.

Di Malaysia Mi Wireless Outdoor Security Camera 1080P ditawarkan pada harga RM369 untuk satu set lengkap penerima atau RM279 untuk kamera sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami