Dua tahun yang lalu Piaggio Gita dilancarkan sebagai robot khadam yang direka khusus untuk membawa kargo. Tahun ini mereka melancarkan pula Piaggio Gitamini yang lebih kecil tetapi masih dengan kemampuan tang sama. Setiap Gitamini boleh membawa sehingga 9 kilogram kargo dan bergerak pada kelajuan 10 km/j.

Dengan kargo maksimum ia masih seberat 22 kilogram bagi membolehkan pemilik mengangkatnya dengan mudah sekiranya tersekat atau terbabas ketika beroperasi. Robot ini menggunakan sistem kamera dan LiDAR untuk mengesan kawasan persekitaran dan mengikut pemilik yang berjalan di hadapan.

Dengan sekali caj Gitamini boleh bergerak sehingga 48 kilometer. Bagi yang berminat, robot Piaggio Gitamini boleh dipesan pada harga $1850 (~RM7734) sebuah.