Dizo sebelum ini sedia hadir dengan penawaran beberapa aksesori audio dan kini, mereka memperkenalkan satu lagi produk baharu di bawah segmen yang sama. Melaluinya, Dizo Buds Z telah diumumkan dengan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan putik silikon untuk keselesaan tambahan.

Untuk spesifikasi khusus, sepasang pemandu audio bersaiz 10mm, sistem pembatalan hingar elektronik (ENC) dan mod latensi rendah 88ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Fon telinga nirwayar ini juga mempunyai sokongan kalis air IPX4, dilengkapi bluetooth 5.0 dan mampu beroperasi sehingga 4.5 jam main balik atau meningkat 16 jam dengan bantuan pod pengecas. Turut disertakan adalah kawalan sentuhan yang membantu dalam memudahkan penggunaan.

Untuk harga, Dizo Buds Z dijual pada INR1,299 (~RM74) dengan tiga pilihan warna seperti Onyx, Leaf dan Pearl. Buat masa ini, fon telinga ini hanya ditawarkan untuk pasaran India terlebih dahulu.