Poco India menerusi salah satu ciapan terkini di Twitter rasminya dilihat mengacah kehadiran produk baharu pada penghujung bulan ini – iaitu 30 September 2021. Namun begitu, Poco masih belum mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenainya.
Namun melihat pada poster acah dikongsi, penggunaan ayat “C U Soon” jelas memberi banyangan bahawa mereka bakal mengemaskini peranti di bawah siri C. Ia boleh menjadi model kemaskini untuk Poco C3 yang dilancarkan sekitar bulan Oktober tahun lalu.
Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Poco C4 kelak. Pada masa sama, ia juga dijangka akan dilancarkan sebagai sebuah telefon kelas permulaan dengan tanda harga mampu milik. Sejauh mana kebenarannya, sama-sama nantikan.
Sumber : Poco India