Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, siri Realme 50 akhirnya diperkenalkan secara rasminya di India, sebentar tadi. Terdapat dua model yang diumumkan iaitu Realme 50A dan Realme 50i. Ia merupakan model kemaskini untuk siri Narzo 30 dan jelas kelihatan Realme sekali lagi melangkau penjenamaan untuk produk mereka.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Narzo 50A dilengkapi skrin 6.5-inci beresolusi HD+ dengan rekaan bertakuk kecil untuk peletakan kamera swafoto 8MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Bateri pula adalah sebesar 6000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP + 2MP. Lain-lain spesifikasi adalah port sambungan USB-C, bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, menjalankan Realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Realme Narzo 50i pula menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci LCD beresolusi HD+. Ia juga dijana oleh cip lapan teras dengan kelajuan sehingga 1.6GHz bersama padanan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB. Tetapan kamera utama adalah 8MP yang turut disertakan dengan kamera swafoto sebesar 5MP. Spesifikasi lain termasuklah – bateri 5000mAh, bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm, menjalankan Realme UI Go Edition berasaskan Android 11 dan sebagainya.

Untuk harga, Realme Narzo 50A dijual pada INR11,499 (~RM653). Manakala, Realme Narzo 50i pula berharga bermula INR7,499 (~RM426). Buat masa ini, kedua-duanya hanya ditawarkan untuk pasaran India terlebih dahulu.

Sumber : Realme 50A, Realme 50i

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd