Cari @ Amanz

Berita paling menarik dalam dunia cip pemprosesan tahun ini ialah AMD mengesahkan kerjasama dengan Samsung untuk menawarkan cip grafik RDNA pada SOC Exynos. Kini menurut laporan DigiTimes, AMD mungkin akan mengadakan kerjasama dengan MediaTek pula.

Kedua-dua syarikat masih di dalam tahap perbincangan. Tetapi ini membuka peluang GPU RDNA akan turut digunakan pada cip pemprosesan keluaran MediaTek. Pada waktu ini cip MediaTek masih menggunakan GPU Mali keluaran ARM dan juga PowerVR yang sebelum ini digunakan juga pada cip keluaran Apple.

MediaTek telahpun mempunyai pegangan yang besar dalam pasaran cip peranti mudah alih kerana cip harga jualannya yang lebih tinggi. Sejak akhir-akhir ini cip mereka semakin kompetitif dengan Dimensity 1200 dilihat sebagai alternatif untuk Snapdragon 870 yang tidak kurang hebatnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd