(Ura-Ura) Samsung Galaxy S22 Ultra Mempunyai Tempat Simpanan S Pen Terbina

Diterbitkan pada Sep 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tiada Galaxy Note tahun ini kerana isu kekurangan cip yang kritikal serta siri Galaxy Z akan menjadi peranti mercu untuk separuh tahun kedua. ‘Kematian’ siri Note ini seakan disahkan sendiri oleh Samsung selepas mereka tidak memperbaharui tanda dagang Galaxy Note untuk tahun 2022. Tetapi bagi peminat, ada sekelumit harapan bahawa Note mungkin sudah tiada tetapi rekaannya digunakan pada peranti lain.

Menurut laporan penulis maklumat Ice Universe dan Galaxy Club, Samsung Galaxy S22 Ultra yang akan dilancarkan tahun hadapan akan mempunyai tempat simpanan S Pen secara terbina. Sebuah lakaran tempat simpanan stylus juga dikongsi oleh beliau menerusi akaun Twitter.

Isu kami dengan sokongan S Pen pada Galaxy S21 Ultra ialah tanpa tempat simpanan, S Pen kadang kala terjatuh. Air Command yang mengesan S Pen dikeluarkan dari tempat simpanan juga tidak diberikan bersama dengan tiada ciri bluetooth. Bukan misteri kami peminat siri Galaxy Note dan jika ura-ura ini benar ia adalah amat kami alu-alukan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami