Cari @ Amanz

Bank Negara China hari ini mengumumkan yang mana semua transaksi melibatkan kriptowang adalah tidak sah, dan harus diharamkan di negara berkenaan.

Bitcoin

Menurut Bank Negara China, Bitcoin termasuk Tether tidak boleh digunakan di pasaran kerana ia bukan mata wang fiat. Penggunaan kriptowang dikatakan menganggu ekonomi dan pasaran kewangan, serta meningkatkan gubahan wang haram, penipuan, skim piramid, dan pelbagai aktiviti jenayah lain.

Langkah China ini turut memberikan kesan terhadap pasaran, membawa kepada penurunan harga sejumlah kriptowang, termasuk Bitcoin.

China sedia terkenal sebagai negara terbesar dengan perkhidmatan pelombongan kriptowang, dan langkah ini semestinya memberikan kesan terhadap pasaran kriptowang berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd