Carian
Google Ingin Memperlihatkan Video TikTok Dan Instagram Terus Pada Carian Google
September 25, 2021 Aman

Google pada hari ini sedia terkenal sebagai enjin carian paling utama di dunia, dan memperlihatkan pelbagai hasil carian dengan tepat. Namun, dengan perkembangan arena sosial, Google menghadapi masalah dalam memperlihatkan hasil carian, terutamanya melibatkan trend-trend yang sedang popular di TikTok dan Instagram.

Ramai anak muda lebih gemar menggunakan kedua-dua platform berkenaan, dan apabila hasil carian di Google tidak mengeluarkan apa yang mereka inginkan, terdapat kebarangkalian mereka tidak berminat menggunakan Google sepenuhnya untuk carian.

TikTok Amanz

Kini, dalam mengatasi paparan hasil carian berkenaan, Google dilaporkan sedang berbincang dengan pihak Bytedance untuk TikTok, dan juga Facebook untuk Instagram.

Sekiranya kerjasama ini berjaya, kita akan dapat melihat Google memperlihatkan hasil carian yang sesuai untuk carian terma trend popular di kedua-dua laman sosial berkenaan.

Ini juga akan menjadikan Google kekal relevan dikalangan anak muda, serta membolehkan Google terus menerajui arena carian seperti biasa untuk tahun-tahun akan datang.

Buat masa ini, Google sedia memaparkan carian daripada Twitter, selain untuk video mereka memaparkan carian daripada YouTube sendiri terus pada hasil carian mereka.

Komen