Pendapatan Perniagaan Telefon Pintar Huawei Dijangka Berkurangan Sehingga $40 Bilion Pada 2021

Diterbitkan pada Sep 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan sejak daripada halangan dagangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sejak 2019 lepas. Terbaru, pihak Huawei mengatakan yag mana mereka menyasarkan pendapatan daripada perniagaan telefon pintar Huawei dijangka berkurangan antara $30 ke $40 bilion pada 2021 ini.

Walaupun Huawei telah mula menyesuaikan perniagaan disebabkan oleh halanga dagangan Amerika Syarikat, namun kehilangan pendapatan dari bahagian telefon pintar ini masih tidak boleh digantikan oleh bahagian lain – termasuk yang berkaitan infrastruktur 5G.

Huawei sebelum ini menduduki tangga 3 teratas dalam arena telefon pintar, namun, kini hilang daripada kedudukan lima teratas – termasuk di China, disebabkan oleh halangan dagangan dan kesukaran mendapatkan cip serta lain-lain.

Pengerusi Huawei, Eric Xu berharap agar Huawei terus kekal di pasaran dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami