Liputan 4G Di Malaysia Dijangka 100% Dalam Dua Tahun Lagi

Diterbitkan pada Sep 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Liputan rangkaian 4G di Malaysia kini dilaporkan telah mencapai angka 96%. Liputan ini meliputi kawasan berpenduduk di Malaysia.

Menurut Timbalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia akan mencapai liputan 4G menyeluruh dalam tempoh 2 tahun lagi.

Angka capaian pada masa kini adalah selari dengan sasaran kerajaan dibawah program JENDELA.

Untuk makluman, kini rangkaian 4G sedia meliputi sejumlah besar kawasan berpenduduk, dan terdapat baki kawasan yang menghadapi cabaran dari segi pembangunan menara telekomunikasi dan sebagainya.

Malah, sebelum ini kerajaan negeri Sarawak sendiri pernnah menyatakan hasrat membangunkan menara telekomunikasi sendiri – kerana syarikat telekomunikasi sedia ada tidak ingin membangunkannya di kawasan pedalaman kerana tidak menguntungkan.

Sebaik sahaja mencapai kadar 100%, kita akan melihat kerajaan mula memfokuskan kepada memastikan rangkaian 5G mencapai kadar 100% pula dalam tahun tahun akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami