MyEja merupakan salah satu pemalam untuk pelayar web Firefox yang digunakan ramai, terutamanya dalam bidang editorial untuk memudahkan semakan ejaan. Terbaru, pembangunnya telah mengemaskini penawaran, dan hadir dengan MyEja Generasi Kedua.

Kemaskini pemalam ini ditawarkan secara percuma, dan pada masa yang sama, pembangunya turut memaklumkan yag mana generasi pertama pemalam MyEja tidak lagi dikemaskini.
Bagi anda yang sering menaip teks atau artikel melalui editor web pada pelayar web Firefox, boleh menggunakan pemalam MyEja ini, sekaligus mengurangkan kesilapan ejaan yang berlaku pada artikel atau penulisan anda.
- Muat Turun
- Muat-Turun MyEja untuk Firefox