Face ID Pada iPhone 13 Akan Berhenti Beroperasi Sekiranya Skrin Digantikan Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Sep 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia mengehadkan komponen yang boleh digantikan pada iPhone oleh pihak ketiga, dan lebih mengalakkan pengguna mendapatkan bantuan dan khidmat baik-pulih daripada pihak yang diiktiraf oleh Apple.

Lanjutan daripadanya, terkini ia didapati melalui iPhone 13, pihak Apple turut mengehadkan komponen skrin daripada digantikan pihak ketiga.

Sekiranya digantikan pihak ketiga, pengguna didapati kehilangan akses kepada ciri Face ID pada iPhone mereka.

Langkah Apple mungkin adalah dalam usaha mengurangkan komponen tiruan, selain pada masa yang sama terus menjamin sekuriti dan keselamatan pengguna sendiri.

Sebelum ini, kita sedia melihat Apple mengehadkan penggunaan bateri pihak ketiga pada iPhone, dan memaparkan notifikasi dalam peranti sekiranya menggunakan bateri tidak asli.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami