Realme Q5 Mungkin Akan Hadir Dengan Variasi Bersama Cip Snapdragon 778G

Diterbitkan pada Sep 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 778G menjadi begitu popular sehingga lambakan peranti daripada pelbagai pengeluar memilih cip ini untuk menjana peranti kelas pertengahan mereka. Setakat ini, banyak peranti yang menggunakan cip ini adalah peranti kelas pertengahan – tidak kira daripada yang asas, biasa atau kategori premium.

Kita ada Honor 50, Samsung Galaxy A52, Galaxy M52, iQOO Z5, Realme GT Master Edition, Huawei Nova 9 dan banyak lagi. Terkini, Realme dilaporkan akan hadir dengan sebuah lagi peranti yang menggunakan cip ini dalam siri Q mereka.

Peranti ini dikatakan adalah Realme Q5 yang akan mempunyai skrin 6.43-inci LCD FHD+ yang menyokong kadar segar semula tinggi, serta sokongan pengecasan pantas 65W. Menariknya, peranti ini dikatakan akan hadir dengan dua variasi – satu dengan MediaTek Dimensity 1200 dan satu lagi adalah Snapdragon 778G.

Siri Realme Q juga belum dijual di Malaysia, mungkin dengan penawaran lebih dua variasi jualan ke pasaran global dapat dilihat? Persoalannya jika ia dijual, yang mana satukah akan ditawarkan secara meluas?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami