Oppo K9 Pro Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED 120Hz, MediaTek Dimensity 1200

Diterbitkan pada Sep 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan penawaran peranti baru untuk pengguna di China. Melaluinya, Oppo K9 Pro telah diperkenalkan secara rasmi. Dari segi rekaan, ia dilengkapi sistem tri-kamera di belakang bersama skrin rata pada panel hadapan.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo K9 Pro dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED beresolusi FHD+ (2400×1080 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan 60W.

Tetapan kamera terdiri dengan tetapan 64MP + 8MP + 2 MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari terbina pada skrin, menjalankan ColorOS 11.3 berasaskan Android 11, bluetooth 5.2, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, Oppo K9 Pro dijual bermula RMB2,199 (~RM1,423).

Sumber : Oppo China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami