Twitter sedia menyokong muat-naik video pada perkhidmatan sosial mereka sejak bertahun lamanya, namun boleh dikatakan kualiti video yang diterbitkan di Twitter tidak mencapai kualiti seumpama di Facebook mahupun Youtube.
Adakalanya video yang dimuat-naik kabur, sekaligus memberikan pengalaman tontonan yang kurang menarik.
Kini, Twitter mengumumkan mereka telah menambah-baik kualiti video pada platform mereka, sekaligus memberikan pengalaman tontonan yang lebih baik.
Walaupun Twitter mengatakan ia telah ditambah-baik, namun, boleh dikatakan paparan kualiti tidak menunjukkan perubahan drastik berbanding sebelum ini. Mungkin kita sendiri perlu nantikan beberapa kemaskini lagi sebelum dapat melihat kualiti yang lebih baik pada platform Twitter.